05 June 2011 at 21:42 |  
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Pertama sekali ADARC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan pembaca blog ini.

Baru-baru ini kami ada menerima pertanyaan daripada seorang Hamba Allah. Soalannya berbunyi betul ker ADARC berpecah??? Bila ditanya kembali siapa bagi tahu?? Hamba Allah tu berkata lagi ada la orang bagi tahu.

Disini pihak ADARC ingin membuat kenyataan secara terbuka, segala berita dan khabar angin tersebut adalah fitnah semata-mata. ADARC tidak pernah berpecah. Perlu diingatkan disini ADARC bukanlah sebuah pertubuhan berdaftar, ini bermakna ADARC bukanlah persatuan atau pun sebarang pertubuhan. ADARC hanyalah 1 komuniti kecil yang berpusat di Alam Damai, Cheras. Kami mengumpulkan seramai mungkin peminat radio amatur dan membantu SWL yang ingin berkecimpung atau berminat dengan radio amatur.

Alhamdulillah usaha kami tidak sia-sia, walaupun ADARC bermula dengan 0 dan budak-budak hingusan, namun ADARC semakin matang. Dengan berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari pihak-pihak tertentu kami langkah kehadapan setapak demi setapak.

ADARC juga cuba mempelbagaikan aktiviti dengan mengadakan DXing, setup antena dan kelengkapan HF, pameran radio amatur, bantuan komunikasi kepada RTM & Pengakap Malaysia, latihan mengendalikan 4x4, latihan kecemasan, mendaki gunung, latihan memasang khemah, bacaan peta & kompas, ilmu hutan, berbasikal, berkonvoi, dan lain-lain.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk turut serta dipersilakan dan kepada yang tidak berminat tu jangan la tabur fitnah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Penafian

Blog ini diwujudkan bertujuan untuk mengumpulkan rakan-rakan dikawasan sekitar lokalan Alam Damai tanpa mewakili mana-mana individu, agensi atau badan berkanun. Sukacita di ingatkan, gunakanlah saluran dan kemudahan yang ada dengan sebaiknya. ADARC47 tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklumat yang di post di ruangan chat adalah tanggungjawab individu yang membuat posting.