Pada 23 April 2011 telah berlangsung Muzakarah ASTRA Tengah yang bertempat di Dewan Taman Makmur, Bandar Tun Razak. ADARC47 telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi muzakarah pada kali ini. Segala perancangan yang dilakuan telah berjaya dilaksanakan. Pemilihan AJK untuk sesi yang seterusnya telah menyaksikan kombinasi muka baru dan lama. Tampok pimpinan ASTRA Tengah kali ini diketuai oleh 9W2XYM. ADARC47 mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada AJK yang baru dilantik. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah terlibat bagi menjayakan muzakarah pada kali ini.
Penafian
Blog ini diwujudkan bertujuan untuk mengumpulkan rakan-rakan dikawasan sekitar lokalan Alam Damai tanpa mewakili mana-mana individu, agensi atau badan berkanun. Sukacita di ingatkan, gunakanlah saluran dan kemudahan yang ada dengan sebaiknya. ADARC47 tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Sebarang maklumat yang di post di ruangan chat adalah tanggungjawab individu yang membuat posting.
0 comments:
Post a Comment